Monday, 15 February 2016

elektrostatik dan beza keupayaan

Elektrostatik 


Salah satu penggunaan elektrostatik adalah mesin pengecat kereta. Cat kereta akan dicaskan positif, manakala badan kereta akan dicaskan negatif. Cat kereta bercas positif akan melekatkan ke badan kereta kerana tarikan cas bertentangan.

Banyak lagi penggunaan pemahaman kita terhadap cas elektrostatik ini. Rantai yang digantung pada lori membolehkan cas-cas dapat dipindahkan setelah lori mengalami pergeseran dengan udara yang menghasilkan cas-cas.

Begitu juga dengan mesin fotostate yang menggunakan elektrostatik. pengalir kilat dipasang di bangunan supaya kilat dapat dialirkan ke bumi menyelamatkan bangunan. 




Beza keupayaan

Bateri yang kita guna seperti bateri AA,AAA menunjukkan berapa voltan pada bateri tersebut. contohnya bateri AA tertera 1.5 V pada bateri itu. Beza keupayaan umpama tenaga yang diumpamakan tenaga graviti. Semakin tinggi tempat, semakin tinggi tenaga keupayaan graviti. Begitu juga dengan beza keupayaan.

Pergerakkan cas-cas ini dari satu titik ke titik yang lain bergantung berapa besar beza keupayaan diberi.

Untuk mengetahui berapa beza keupayaan dengan unitnya volt,V. Kita bolen melengkapkabn litar elektrik dengan voltmeter diletakkan selari dengan bateri.

Terdapat hubungan antara arus,I, voltan,V, dan Rintangan, R. Ini juga dikenali sebagai hukum Ohm.



V=IR